Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 11, 2018

[KUANTAN] JADI NGO YANG AKTIF



Jadi NGO yang aktif



Pertubuhan Bukan Kerajaan ( NGO) yang diwujudkan perlu bergerak aktif dan dirasai masyarakat selaras dengan matlamat penubuhannya.

Exco Dakwah Islamiah dan Tugas - Tugas Khas Negeri , Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, NGO yang ada dengan matlamat masing - masing seperti kebajikan, pendidikan, ekonomi dan sosial.

Menurutnya, ia juga menepati hasrat kerajaan yang sentiasa memberi perhatian terhadap isu berkenaan.

"Saya harap dengan adanya NGO - NGO ini mampu membantu menyampaikan hasrat kerajaan dalam program yang diadakan.

"Dalam masa sama , melalui gabungan NGO ini dapat memudahkan banyak perkara terutama dari segi idea ke arah kebaikan bersama,"katanya ketika hadir mewakili Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob pada Majlis Ramah Mesra dan Pelancaran Pertubuhan Kebajikan Ukhwah dan Silaturrahim Pahang , malam tadi.

Hadir sama , Presiden Ukhwah , Zulkefly Senik dan Penasihat Ukhwah, Tengku Najirulzamal Tengku Jamaluddin.

Syed Ibrahim berkata , kerajaan sentiasa menyokong NGO dan program yang dilaksanakan.

Sementara itu, Zulkefly berkata, NGO itu kini mempunyai 500 ahli terdiri daripada 35 NGO lain yang memperjuangkan kebajikan masyarakat.

Katanya, pihaknya mahu NGO yang bernaung bersama Ukhwah mempunyai hubungan yang erat.

"Ukhwah ditubuhkan tahun lalu dan saya akui masih banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan hasrat penubuhannya tercapai," katanya.


0 comments:

share2