Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 16, 2018

SKMM MULAKAN SIASATAN VIDEO KLIP NAMEWEE


NEMW



Cyberjaya- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah memulakan siasatan terhadap video klip penyanyi kontroversi, Wee Meng Chee atau Namewee yang dikatakan mengandungi aksi lucah tarian sekumpulan penyanyi berdekatan di Masjid Putra, Putrajaya.

SKMM dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya telah menerima aduan berhubung perkara itu dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyalahgunakan kemudahan internet.

“Perbuatan itu telah menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan masyarakat dan mereka yang bertanggungjawab akan dikenakan tindakan sewajarnya kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM98),” kata kenyataan itu semalam.


0 comments:

share2