Perjumpaan dengan suri rumah memberi peluang kepada Wanita Umno Bahagian untuk memberi penjelasan mengenai dasar kerajaan.
Warga emas, Norlilah Daud, 66, berkata, pertemuan dengan Wanita Umno membolehkan dia memahami bentuk subsidi yang disediakan kerajaan.
Menurutnya, sebelum ini dia hanya tahu mengenai subsidi yang diberikan kerajaan ke atas minyak sahaja.
“Dari dulu lagi makcik tahu harga gula dan tepung memang murah di negara kini tetapi saya tidak tahu ada subsidi.
“Sekarang, hal mengenai subsidi ini lebih kerap dihebahkan, dan makcik percaya kerajaan berbuat demikian untuk membantu rakyat,” katanya ketika ditemui pada Program Salam Salam, dekat sini.
Bagi Masnah Othman, 45, pula, walaupun kerajaan menyediakan subsidi tetapi masih ramai yang tidak berterima kasih atau bersyukur.
Katanya, masih ramai yang beranggapan, itu adalah tanggungjawab kerajaan.
“Saya rasa, ini antara cara kerajaan untuk bantu rakyat. Walaupun ada bantuan kewangan menerusi jabatan atau agensi, subsidi ini banyak memberi kesenangan kepada mereka yang berpendapatan rendah,” katanya.
0 comments:
Post a Comment