Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 12, 2012

Perasmian #phgkutwtup Meriah


Penyertaan peserta bagi program tersebut bukan sahaja mendapat sambutan dikalangan anak - anak muda Pahang sahaja, malah turut menarik perhatian mereka yang datang dari jauh seperti Sabah dan Sarawak.

 Tidak ketinggalan terdapat juga peserta yang datang dari Johor, Selangor, Terengganu dan Kelantan. Mereka mendapat makluman mengenai acara ini melalui laman twitter.

Program yang bermula seawal jam 10 pagi dilihat tidak berkurangan dari kalangan para pengunjung yang tidak henti - henti mendaftarkan diri masing - masing.


Dataran Teluk Chempedak cukup meriah dengan kehadiran anak - anak muda sewaktu Majlis Perasmian Pakej Jalur Lebar Mampu Milik, Portal Pahangku TV dan #phgkutwtup Sabtu lalu.

Kira - kira seramai 10,000 anak - anak muda yang turut serta memeriahkan program yang telah diadakan selama satu hari itu sama ada yang hadir di tapak program mahupun melalui laman internet.

Majlis Pelancaran telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob. Beliau juga begitu teruja melihat kehadiran anak - anak muda dalam program tersebut.

Jelas, dengan adanya program seumpama ini membuktikan bahawa pihak Kerajaan tidak pernah meminggirkan anak - anak muda dan senantiasa memberikan mereka platform untuk berinteraksi sesama sendiri.

0 comments:

share2