Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, February 25, 2018

PROJEK RTB FASA II BERI MANFAAT KEPADA 83,000 PENDUDUK PEKAN



Projek RTB Fasa II beri manfaat kepada 83,000 penduduk Pekan



Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak tiba di Majlis Pecah Tanah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bandar Pekan Fasa II, di Kampung Pulau Keladi, hari ini.

Projek itu adalah sebahagian daripada peruntukan diluluskan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM564 juta bagi pelaksanaan projek RTB Bandar Pekan yang bakal memberi manfaat kepada kira-kira 83,000 penduduk, membabitkan kawasan seluas 6,200 hektar.

Hadir sama,Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob; Setiausaha Kerajaan negeri, Dato' Sri Muhammad Safian Ismail; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Timbalannya, Datuk Ir Hamim Samuri.

Perlaksanaan projek RTB ini merangkumi tiga Parcel iaitu Parcel I di sekitar Bandar Diraja Pekan seluas 2,600 hektar; Parcel II di kawasan masjid, hospital dan Perumahan Pelangkah (1,500 hektar) dan Parcel III membabitkan kawasan seluas 2,100 hektar di kawasan Sungai Miang dan Durian Sebatang.

Projek RTB Fasa I yang bermula pada hujung tahun 2014 dijangka siap sepenuhnya Mei ini, manakala Fasa II pula yang membabitkan kos RM108.6 juta akan siap menjelang bulan Mei tahun 2020.


0 comments:

share2