Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 23, 2018

[KUANTAN] POLIS TANGKAP 'DATIN' TAWAR DATUK, DATUK SERI



PDRM



Polis Pahang menahan seorang wanita bergelar ‘Datin’ yang disyaki terlibat dalam kes membabitkan penawaran pemberian gelaran Darjah Kebesaran Negeri Pahang secara tidak sah, kira-kira jam 3 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek berusia 60 tahun itu berasal dari Pulau Gadong itu ditahan di perkarangan Balai Polis Malim, Melaka.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati pada 29 Januari lalu lebih kurang jam 3 petang suspek membuat naik satu status di Facebook menggunakan pemilik akaun bernama Nazzaitulhaida Mohd Ali dengan menawarkan hal pengambilan gelaran darjah kebesaran Pahang dipercayai sah oleh kerajaan.

“Dalam masa yang sama suspek memberitahu, mereka yang berminat boleh menghantar maklumat peribadi pemohon terlebih dahulu sebelum 20 Februari lalu,” katanya.

“Tidak cukup dengan itu juga, paparan tersebut turut menyatakan sesiapa berminat dengan gelaran Datuk atau Datuk Seri Pahang boleh menemuinya di Kuantan pada 23 Februari ini di satu lokasi yang akan diberitahu kemudian di samping diberi peluang sama dalam proses tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohd Wazir berkata, pihaknya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan terhadap pemilik akaun laman sosial tersebut setelah mengambil kira hal kepentingan masyarakat dan institusi diraja di negeri ini.

“Ketika tangkapan ke atas suspek, polis merampas sebuah telefon bimbit jenama Xiaomi, Model Mi Max 2, sekeping kad sim My Tune Talk dan kad sim Redone.

“Suspek dibawa ke IPD Kuantan untuk tindakan lanjutn dan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan Seksyen 3(1) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017,” katanya.


0 comments:

share2