Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 23, 2018

SAH, NAMEWEE DITAHAN POLIS






Pengiat seni tanah air, Wee Meng Chee atau Namewee mendakwa ditahan polis petang semalam selepas hadir memberi keterangan berhubung video klip lagu terbaharunya.

Menerusi kenyataan pentadbir akaun Facebooknya, penyanyi itu dilaporkan berada di Bukit Aman tengah hari semalam bagi membantu siasatan penyiaran video bertajuk ‘Like a Dog’ di media sosial yang didakwa menyingung perasaan rakyat negara ini.

Sementara itu dalam satu kenyataan rasmi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd mengesahkan bahawa lelaki itu ditahan pada jam 2.45 petang.

“Suspek ditahan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.

Terdahulu, penyanyi itu memuat naik status di laman sosial beserta foto bagi memberitahu netizen bahwa dia berada di Bukit Aman.

“Selamat Pagi KL! Saya kini berada di Bukit Aman untuk memberi keterangan.

“Saya tak gentar kerana saya percaya Malaysia mempunyai keadilan,” katanya menerusi Facebook.

Pada Ahad lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Muhamad Fuzi Harun dilaporkan berkata polis sudah membuka kertas siasatan kes ke atas penyanyi berkenaan sambil bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.



0 comments:

share2