Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 23, 2018

[KUANTAN] DUA PENUNTUT PEREMPUAN KOLEJ AWAM ANTARA 51 YANG DITAHAN



Dua penuntut perempuan kolej awam antara 51 yang ditahan



Tindakan berani sekumpulan remaja menyewa sebuah inap desa di bandar ini semata-mata untuk melepaskan gian ternyata membawa padah.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, perbuatan lima remaja iaitu tiga lelaki dan dua wanita di dalam rumah terbabit selepas mendapat daripada orang awam dan menahan berhubung kegiatan tidak bermoral itu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut, pihaknya berjaya menahan tiga remaja kerana memiliki ganja manakala dua lagi didapati menghisap dadah jenis syabu di dalam rumah itu. 

“Kita percaya mereka ini menyewa inap desa berkenaan semata-mata untuk menghisap dadah selain mengelak daripada dikesan polis.

“Kesemua mereka yang ditahan berusia 18 hingga 21 tahun termasuk dua penuntut perempuan dari kolej awam itu antara 51 orang yang ditahan dalam operasi yang diadakan bermula jam 10.30 malam tadi hingga jam 4 petang ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, operasi tersebut diketuai oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuantan itu dilaksanakan di sekitar bandar Kuantan, Gugusan Felda Lepar Hilir, Sungai Lembing dan Tanjung Lumpur.

Jelasnya, dalam operasi yang dilakukan itu, pihak polis seramai 44 lelaki dan tujuh perempuan bagi pelbagai kesalahan penyalahgunaan dadah.

“Kesemua tangkapan adalah berusia 18 hingga 45 tahun. Antara kesalahan yang dilakukan adalah memiliki dadah dan kesalahan urin,” katanya.

Mohd Noor berkata, pihaknya turut merampas beberapa jenis dadah iaitu syabu seberat 5.2 gram, yaba seberat 0.03 gram dan ganja 1.08 gram.

Tambahnya, pihaknya Kita turut mendapatk kira-kira 50 peratus daripada kesemua yang ditahan ini sudah pernah ditahan sebelum ini berkaitan kes yang sama.

“Kesemua suspek kini ditahan reman hingga Sabtu ini di Lokap Berpusat, Indera Mahkota di sini untuk tujuan siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Pihak polis meminta orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan mereka di talian 09-5652133.


0 comments:

share2