Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 24, 2018

[KUANTAN] KERANI DIPERANGKAP MACAU SCAM



Kerani rugi RM2,000 diperangkap Macau Scam



Seorang wanita dipercayai terperangkap sendiket Macau Scam apabila terpedaya dengan panggilan telefon daripada pegawai kastam palsu hingga mengalami kerugian berjumlah RM2,000, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang juga seorang kerani menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali dan pemanggil berkenaan memperkenalkan diri sebagai pegawai kastam.

Menurutnya, suspek telah mendakwa mangsa mempunyai 103 telefon bimbit yang dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak RM16,072 tetapi tidak berbayar.

“Mangsa berusia 51 itu dikatakan menerima panggilan ketika berada di tempat kerja di Kawasan Perindustrian Benus, Bentong kira-kira jam 2.39 petang.

“Kerana terlalu percaya dan tidak membuat semakan dengan pihak berkuasa mengakibatkannya terperapkap dalam sendikit itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dalam pada itu, katanya, setelah mangsa menafikan dakwaan berkenaan panggilannya itu disambungkan dengan anggota polis yang dikenali sebagai Sarjan Nizam dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

“Sarjan Nizam juga turut membuat carian nombor kad pengenalan dan mendapati mangsa turut terbabit dengan kes dadah dan ada waran tangkap.

“Untuk menyelesaikan waran tangkap berkenaan, suspek yang menyamar sebagai anggota polis itu meminta mangsa untuk memasukkan wang sebanyak RM2,000 ke dalam satu akaun CIMB Bank.

“Mangsa kemudian memasukkan wang berkenaan melalui pindahan dari Mesin ATM Maybank Bentong ke dalam akaun yang diberikan. Untuk pengesahan, mangsa menghantar gambar slip bank berkenaan melalui WhatsApp ke nombor telefon milik Sarjan Nizam,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, mangsa mendakwa suspek tidak menghunginya seperti mana yang dijanjikan dan merasa sudah mula tertipu sebelum membuat laporan polis.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaaan kerana menipu dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan suspek yang terbabit,” katanya.


0 comments:

share2