Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 24, 2018

[KUANTAN] HARGA RUMAH RM240,000 SEHINGGA RM260,000 DI KOTASAS


Harga rumah RM240,000 sehingga RM260,000 di KotaSAS



Pelaburan berjumlah RM297 juta di peruntukkan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk melaksanakan pembinaan 1,004 unit rumah di bawah projek Rumah Aspirasi Rakyat di KotaSAS.

Pengerusi SPNB Aspirasi Sdn Bhd, Ahri Hashim, berkata pembinaan rumah bandar berkeluasan 1,078 kaki persegi sehingga 1,322 kaki persegi berkenaan akan dilaksanakan di tapak seluas 18 hektar.

Menurutnya, projek yang membabitkan empat fasa itu akan dibina anak syarikat SPNB, SPNB Aspirasi Sdn Bhd yang kini dalam perancangan membina rumah mampu milik di Pekan dan Jalan Gambang.

“Harga jualan rumah bermula RM240,000 sehingga RM260,000 iaitu harga mampu milik bagi kawasan KotaSAS dan ia selaras dengan hasrat kita dalam menyediakan perumahan mampu milik untuk orang ramai.

“Pembinaan pada suku ketiga atau keempat tahun ini akan dilakukan selepas proses permohonan kebenaran dan ia bakal dilaksanakan dalam empat fasa untuk tempoh lima tahun,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman bersama KotaSas Sdn Bhd, semalam.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berangkat merasmikan Ibu Pejabat Tanah Makmur Berhad dan Galeri Jualan KotaSAS.

Hadir sama, Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob dan Pengarah Eksekutif Tanah Makmur Berhad, Tengku Amir Nasser Tengku Ibrahim.


0 comments:

share2