Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 24, 2018

[KUANTAN] SISWAZAH BINA RUMAH HIJAU TANAM SAYUR



Siswazah bina rumah hijau tanam sayur



Sektor pertanian kini mampu menjana pendapatan lumayan jika diusahakan secara komersial.

Justeru, siswazah Sarjana Muada Sains Hortikultur, Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohd Abdul Halim Baharun Azahar, 28 mengusahakan projek tanaman sayuran menggunakan sistem air cetek (shallow water culture) yang diubahsuai sebagai percubaan dalam bidang itu.

Mohd Abdlu Halim yang memulakan projek pertanian sejak awal tahun ini dengan menyewa tanah seluas 0.5 hektar di Kampung Fajar dekat sini.

membina rumah hijau mini dan sistem berkenaan yang dipelajari ketika belajar berbekalkan modal RM10,000.

“Saya mula membina rumah hijau mini dengan rekaan sendiri bermodalkan RM10,000. Rumah ini perlu dibina supaya air hujan tidak memasuki sistem ‘shallow water culture’ sehingga mengakibatkan kehilangan baja,” katanya ketika ditemui di Kampung Fajar di sini, kelmarin.

Dia yang berasal dari Felda Chini Timur 2 berkata, pembinaan sistem berkenaan hanya di atas dan tidak membabitkan struktur lain serta kos lebih rendah berbanding sistem hidroponik.

“Saya buat seorang diri sedikit demi sedikit, tetapi hasil yang dapat memang memuaskan hati. Saya juga tidak mendapat sebarang bimbingan daripada jabatan kerajaan yang terbabit,” kata anak kedua daripada empat beradik itu.

Katanya, ketika musim tuaian sayur dilakukan, dia mampu memperoleh pendapatan sehingga RM3,000 dengan menjualnya di kedai-kedai berdekatan.

Mohd Abdul Halim juga mengakui sukar memasarkan sayurannya tetapi sudah ada pelanggan tetap kerana sayurnya tidak menggunakan semburan bahan kimia.

Menurutnya, antara sayuran yang ditanam ialah salad, sawi, kangkong, bayam, pegaga dan daun kesum.

“Sebenarnya, bukan susah untuk menjadi usahawan tani ini, cuma perlukan keazaman yang tinggi sebab tanaman yang kita tanam itu tidak semuanya akan menjadi,” katanya.

Bagi mengelak kerugian, katanya dia perlu memastikan sistem perlu digantikan dengan air baja baru dan anak benih lain bagi memastikan bekalan sayuran sentiasa mencukupi.

“Sayuran ditanam tidak mengambil masa lama, hanya dua minggu hingga empat bulan bergantung kepada jenis sayuran. Sebagai contoh, sawi, salad dan bayam boleh dipetik dalam tempoh dua hingga tiga minggu saja,” katanya.

Dalam pada itu katanya, jika ada modal, beliau merancang menambah sistem akuaponik di kawasan sama.


0 comments:

share2