Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 27, 2017

UNIKNYA MANGGA TIGA RASA...


Uniknya mangga tiga rasa...


Palong - Pesta Orkid & Flora yang berlangsung ketika ini sejak Sabtu lalu sehingga 6 Mac, turut membawakan beribu jenis anak pokok buah-buahan selain orkid dan flora.

Menariknya pada pesta anjuran BMC Venture ini, orang ramai turut boleh mendapatkan anak pokok mangga tiga rasa yang dibawakan khas dari Thailand.

Pengurus Pemasaran BMC Venture, Nor Mazura Nor Mahazan berkata, buah mangga tersebut mempunyai tiga rasa unik iaitu gabungan rasa laici, mangga dan rambutan.

“Pokok ini mengeluarkan hasil sekitar tiga tahun jika betul penjagaannya. Ia manis dan harganya sangat berbaloi dengan rasanya yang enak serta sedap.

“Jadi datanglah beramai-ramai dapatkan anak pokok ini sepanjang pesta diadakan. Anak pokok mangga tiga rasa produk baru yang dibawakan untuk pengunjung. Selain anak pokok mangga ini, kita ada anak pokok limau, kasturi, mangga, rambutan dan bermacam jenis lagi.

“Pesta ini dibuka bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah malam, memberi peluang untuk orang ramai memilih pelbagai barangan yang dijual,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Orang ramai khususnya sekitar Palong, Jempol dan kawasan sekitarnya boleh berkunjung ke pesta berkenaan yang bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Felda Palong 6 (KSK).

Sementara itu, pengunjung turut dijemput menyertai pertandingan karaoke dengan acara saringan bermula hari ini dan kemuncaknya 5 Mac nanti.

Justeru, sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi DJ Epol di talian 012-5420934.


0 comments:

share2