Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 27, 2017

KL, RIYADH DIGESA KERJASAMA HADAPI CABARAN UMAT ISLAM


KUALA LUMPUR, 26 Feb -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bersama Raja Arab Saudi Raja Salman


Kuala Lumpur - Malaysia dan Arab Saudi, selaku anggota aktif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) digesa bekerjasama untuk menangani pelbagai cabaran yang dihadapi oleh umat Islam.

Gesaan itu dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam titah ucapan Seri Paduka pada majlis santapan negara bagi meraikan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, di sini, malam tadi.

Majlis yang berlangsung di Istana Negara itu merupakan sebahagian aturcara pada hari pertama lawatan negara empat hari Raja Salman di Malaysia, lawatan sulung baginda sejak menaiki takhta pada 23 Jan, 2015.

Dalam mengalu-alukan kedatangan Penjaga Dua Masjid Suci itu dan rombongan baginda ke Malaysia, Sultan Muhammad V mengambil perhatian bahawa Kuala Lumpur dan Riyadh berkongsi pendirian yang sama berhubung keperluan untuk mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang menjejaskan ummah.

"Dalam soal ini, Malaysia dan Arab Saudi selaku anggota aktif OIC perlu bekerjasama dalam menangani pelbagai cabaran yang dihadapi umat Islam," titah Seri Paduka.


0 comments:

share2