Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 17, 2018

[JERANTUT] HARAM MAHFUZ JEJAK PAHANG


Haram Mahfuz jejak Pahang


Badan Permuafakatan Generasi Baru Negeri Pahang mendesak agar Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar diharamkan memasuki negeri ini sekiranya enggan memohon maaf dalam tempoh 24 jam.

Badan itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut, di sini, hari ini terhadap ahli Parlimen itu atas tindakannya memperlekeh dan mempersendakan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Setiausahanya, Zairul Nizam Osman berkata, pihaknya melahirkan rasa kesal atas tindakan Mahfuz yang jelas telah mempermainkan Institusi Raja.

"Kami membuat laporan polis atas kebiadaban Mahfuz menghina Sultan Ahmad Shah dalam satu siri ceramah beliau baru-baru ini.

"Kita mahu tindakan tegas dapat diambil ke atas beliau kerana melanggar Akta Hasutan 1948 sebagai pengajaran buat semua agar tidak mencampur adukkan politik dan Institusi Raja," katanya.

Tindakan Mahfuz itu menurut Zairul Nizam dibimbangi akan memberikan kesan terhadap rakyat sekali gus membuatkan rakyat rasa hilang hormat terhadap Institusi DiRaja yang membela Melayu dan agama Islam.


0 comments:

share2