Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 11, 2017

[KUANTAN] TIGA BUTIR BOM LAMA DITEMUI BELAKANG STESEN MINYAK


Tiga butir bom lama ditemui belakang stesen minyak


Seorang kontraktor yang memantau kawasan lapang di belakang sebuah stesen minyak di Jalan Semambu, di sini, tergamam sebaik sahaja menemui tiga butir bom, jam 9 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, susulan penemuan bahan letupan tersebut, kontraktor terbabit kemudian menghubungi Balai Polis Kuantan untuk meminta bantuan. 

Menurutnya, pihaknya kemudianya telah menghantar sepasukan anggota dari Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang sejurus menerima laporan itu.

"Anggota dari UPB terus bergegas ke lokasi kejadian untuk membuat siasatan," katanya ketika dihubungi.

Abdul Aziz turut mengesahkan bahan letupan itu milik tentera yang digunakan untuk mengadakan latihan ketenteraan.

Bagaimanapun, katanya, bahan letupan berkenaan juga disahkan tidak berbahaya selain didapati sudah tidak aktif.

Dalam pada itu Abdul Aziz berkata, polis sudah mengambil keterangan berhubung penemuan tiga bahan letupan itu daripada kontraktor berkenaan.

Petang kelmarin, satu status di laman Facebook mengenai penemuan tiga butir bom di belakang stesen minyak di Jalan Semambu.


0 comments:

share2