Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 11, 2017

[RAUB] TENGKU ABDULLAH CEMAR DULI LAWAT MANGSA BANJIR


Tengku Abdullah cemar duli lawat mangsa banjir


Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenaan mencemar duli melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Dewan Serbaguna Kampung Pia, di sini semalam.

Ketibaan baginda kira-kira jam 12.30 tengah hari itu disambut oleh pegawai dari pelbagai agensi, anggota pasukan penyelamat dan mangsa banjir.

Sebaik tiba, Tengku Abdullah mendengar taklimat banjir daripada Pegawai Daerah Raub, Datuk Hamdan Husin sebelum baginda bertitah di hadapan 104 mangsa daripada 28 keluarga di dewan berkenaan.

Sejurus selesai titah, baginda kemudiannya menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir dan melawat sekitar pusat pemindahan serta mengagihkan makanan.

Seramai 104 mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara itu setelah rumah mereka dinaiki air malam semalam susulan hujan lebat berterusan.


0 comments:

share2