Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 15, 2017

[KUANTAN] POLIS MARIN RAMPAS ROKOK SELUDUP


 Polis Marin


Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga merampas pelbagai jenis rokok seludup bernilai RM59,071.24 dalam dua serbuan di daerah ini, semalam.

Timbalan Komander PPM Wilayah Tiga Superintendan Mohammad Pajeri Ali berkata serbuan pertama membabitkan sebuah kereta Proton Waja yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun pada 12.30 tengah hari di Perumahan Lepar Hilir, Gambang di sini.

"Pemeriksaan menemui pelbagai jenis rokok seludup berharga RM46,453 milik di tempat duduk penumpang dan tempat letak barang kereta kepunyaan suspek," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Kereta bernilai RM25,000 itu turut dirampas.

Beliau berkata serbuan kedua melibatkan penahanan seorang warga asing berusia 44 tahun selepas rokok seludup bernilai RM12,618.24 ditemui di kaki lima sebuah rumah di Felda Lepar Hilir, Gambang di sini, pada 12.55 tengah hari.

Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967.


0 comments:

share2