Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 12, 2017

BUAT LAPORAN POLIS UCAPAN PM TINDAKAN TERDESAK - HISHAMMUDDIN


Buat laporan polis ucapan PM tindakan terdesak - Hishammuddin


Kuala Lumpur: Naib Presiden UMNO Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan tindakan beberapa anggota DAP membuat laporan polis berhubung ucapan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa berunsur perkauman sebagai tindakan terdesak pembangkang.

Beliau menegaskan ucapan presiden UMNO itu adalah tentang hala tuju negara dalam mencapai Transformasi Nasional 50 (TN50) dan cabaran merealisasikannya yang melibatkan semua kaum di Malaysia.

"Saya membuat penelitian ini (tindakan anggota DAP ini), seolah-olah tindakan drastik dan terdesak untuk mencari perkara-perkara yang dibincangkan dalam UMNO kali ini yang boleh menyentuh perjuangan mereka (DAP) dan menidakkan perjuangan kita (UMNO).

"Apa yang dikatakan oleh Najib tiada unsur perkauman langsung, sebenarnya apa yang kami (pemimpin UMNO) bincangkan adalah berkaitan masa depan negara kita... menuju TN50 dan perjuangan untuk semua, bukan untuk Melayu sahaja. Bagaimana pula ia dilihat sebagai kenyataan berunsur perkauman? DAP perlu berhenti daripada membuat laporan polis berhubung dakwaan itu," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen semalam.

Semalam, beberapa anggota DAP termasuk anggota Parlimen Segambut Lim Lip Eng membuat laporan polis berhubung kenyataan Najib pada Perhimpunan Agung UMNO pada Khamis lepas yang menyifatkan DAP parti anti-Melayu dan Islam.


0 comments:

share2