Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 13, 2017

BAWA MESEJ PERPADUAN UMMAH


Bawa mesej perpaduan ummah


Lebih 500 warga tanah rancangan di sini berhimpun untuk berarak dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW sempena Sambutan Maulidur Rasul 2017/1439H.

Ketua Peneroka, Mansor Hashim berkata, meskipun setiap tahun mereka melaksanakan acara sambutan ini, namun tahun ini lebih meriah apabila kesemua 15 blok turut serta dengan berarak keliling kampung.

Menurutnya, bukan sahaja berselawat namun masyarakat turut didedahkan dengan nilai-nilai kebaikan khusus untuk meningkatkan keimanan terhadap ALLAH SWT dan Rasul-Nya.

“Perpaduan ummah akan membantu menstabilkan kedudukan umat Islam. Jadi, menerusi aktiviti seperti ini dapat meleraikan sebarang perselisihan faham antara satu sama lain, termasuk warga Felda dan pihak pentadbiran.

“Seharusnya perpecahan dalam kalangan masyarakat di beberapa negara Islam perlu dijadikan
pengajaran agar dapat memastikan keharmonian dikekalkan,” katanya.

Mansor berkata, dalam hidup bermasyarakat di Felda yang kebanyakannya peneroka berasal dari pelbagai negeri, seharusnya juga menjaga keharmonian masing-masing bagi mengurangkan impak perpecahan ummah.

“Sempena sambutan Maulidur Rasul ini, masyarakat khususnya warga Felda mesti terus berusaha membina dan membangunkan masyarakat dengan kekuatan ilmu serta iman dan juga takwa kepada ALLAH.

“Selain perpaduan sesama umat Islam, ikatan persaudaraan dengan orang bukan Islam juga harus dipelihara kerana mereka juga merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat,” katanya.

Sebanyak 17 kontinjen menyertai perarakan pada program itu, dan Blok 8 dinobatkan sebagai pemenang bagi pertandingan kain rentang dan perarakan terbaik.


0 comments:

share2