Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, November 26, 2017

TANGKIS GELARAN JELIK TERHADAP NAJIB


Annuar Musa


Kuala Lumpur - Jentera Penerangan Umno diingatkan supaya tidak mengalah dengan fitnah pembangkang yang berterusan melabel Presiden Umno, Dato' Sri Najib Tun Razak dengan pelbagai gelaran jelik dan buruk.

Ketua Penerangan Umno , Tan Sri Annuar Musa berkata, jentera Penerangan Umno tidak boleh mengalah dengan perilaku buruk sedemikian sehingga menenggelamkan watak sebenar Najib yang juga Perdana Menteri.

“Najib menunjukkan pencapaian cukup tinggi dalam sejarah negara. Beliau mengangkat kedudukan hubungan diplomatik ke tahap tertinggi berbanding pemimpin sebelumnya.

“Beliau menjaga kedudukan ekonomi negara dalam suasana global yang tidak menentu. Di bawah kepimpinannya, ekonomi negara berada dalam kelompok tertinggi.

“Masyarakat cuba digodak dengan pelbagai hasutan dan situasi politik rasis. Tetapi Najib menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara aman dan bersatu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penerangan Umno Malaysia, di sini semalam.

Annuar berkata, Najib memainkan peranan penting dalam isu global termasuk isu Rohingya sehingga mendapat perhatian dunia.

“Kenapa, hendak ditenggelamkan realiti ini, semata-mata banyaknya polemik-polemik yang tidak bermoral dan berakhlak rendah termasuk cuba melabel perkara yang buruk dan tidak setimpal (dengan pencapaian Najib).

“Saya tidak mahu jentera Umno mengalah pada gerakan fitnah ini. Oleh itu, selain mempamerkan perjalanan dan aktiviti parti, Pameran Penerangan dan Media akan fokus pada cerita kejayaan kerajaan dan parti,” katanya.


0 comments:

share2