Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, November 25, 2017

RAKYAT MALAYSIA BOLEH BUAT SEMAKAN CCRIS SECARA DALAM TALIAN


Datin Arlina Ariff.


Kuching — Rakyat Malaysia boleh mengetahui mengenai kedudukan kredit kewangan mereka daripada Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) melalui Internet tidak lama lagi, kata Pengarah LINK dan Pejabat Wilayah Bank Negara Malaysia (BNM), Datin Arlina Ariff.

"Kami sedang mengusahakannya dan berharap dapat bermula seawal tahun depan," katanya lagi.

Beliau berkata pada masa sekarang, rakyat Malaysia hanya boleh mendapatkan laporan CCRIS dengan memuat turun di ibu pejabat BNM atau menghantar e-mel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..">bnmtelelink@bnm.gov.my.

"Mereka yang mengutip laporan tersebut, perlu membawa bersama kad pengenalan mereka dan mempunyai pengesahan cap jari.

"Mereka akan menerima laporan CCRIS melalui e-mel selepas satu hingga dua minggu," katanya kepada pemberita semasa Karnival Kewangan Sarawak di sini hari ini.

Arlina berkata laporan CCRIS bukan merupakan satu senarai hitam, tetapi ringkasan kepada status kedudukan kewangan individu.


0 comments:

share2