Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 15, 2017

MELAYU DALAM DAP TERBUANG LAGI


Sudah terang lagi bersuluh, itulah perumpamaan Melayu yang dapat menggambarkan nasib Melayu yang berada didalam kepimpinan tertinggi parti DAP. Seperti sudah dijangka pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP kali kedua yang berlangsung baru baru ini terus menyisihkan manusia yang berkulit sawa mataang,bermata besar dan sedikit kembang hidungnya. Parti yang dikatakan memperjuangkan kesamarataan setiap rakyat Malaysia ini masih lagi prejudis dengan kehadiran orang Melayu yang ingin berada di saf kepimpinan DAP.

Jika adapun Zairi Khir Johari yang dapat menempatkan diri dalam 20 ahli yang memperolehi undi tertinnggi yang di terima dari 1,376 perwakilan pada kali ini yang merosot berbanding pemilihan pada 2013 iaitu seramai 1,725. Kedudukan ke 19 yang hampir tergelincir sepertimana kemelayuan Zairi Khir Johari juga sebenarnya sudah lama tergelincir bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan politik beliau.

Kim Il-sung adalah pemimpin tertinggi Korea Utara selama 46 tahun. Robert Mugabe telah mendominasi politik Zimbabwe selama 37 tahun. Ferdinand Marcos digulingkan setelah 31 tahun. Suharto selama 30 tahun. Joseph Stalin memerintah Rusia selama 30 tahun. Saddam Hussein mengetuai Parti Ba&ath beliau selama 30 tahun. Franois Duvalier adalah pemimpin negara itu selama 14 tahun. Idi Amin masih berkuasa selama lapan tahun. Kit Siang enggan melepaskan selepas 51 tahun dan masih akan berada dalam parti untuk meraikan ulang tahun ke-60 mengetuai DAP.

Berikut adalah keputusan 20 tempat teratas pemilihan semula jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) dalam Kongres Khas DAP 2017:

1. Lim Kit Siang – 1,199 undi

2. Gobind Singh Deo – 1,198 undi

3. Lim Guan Eng – 1,180 undi

4. Anthony Loke – 1,175 undi

5. Liew Chin Tong – 1,123 undi

6. Teo Nie Ching – 1,080 undi

7. Chong Chieng Jen – 1,057 undi

8. Teresa Kok Suh Sim – 1,033 undi

9. Tan Kok Wai – 1,021 undi

10. Tony Pua – 1,020 undi

11. Nga Kor Ming – 967 undi

12. Fong Kui Lun -949 undi

13. Chow Kon Yeow – 900 undi

14. M. Kulasegaran – 826 undi

15. Chong Eng – 734 undi

16. Teng Chang Khim – 702 undi

17. Ronnie Liew – 688 undi

18. Ngeh Koo Ham – 659 undi

19. Zairil Khir Johari – 649 undi

20. V. Sivakumar -586 undi

Jumlah kertas undi dikeluarkan: 1,346

Jumlah undi sah: 1,310 undi

Undi rosak: 36

0 comments:

share2