Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, November 18, 2017

[JERANTUT] DADAH: BEKAS PELAJAR, BEKAS GURU ANTARA DITAHAN


Dadah: Bekas pelajar, bekas guru antara ditahan


Bekas pelajar, bekas guru dan seorang kakitangan awam antara yang ditahan dalam serbuan Ops Tapis Bersepadu yang dijalankan di sekitar daerah ini, malam semalam.

Mereka merupakan antara 38 yang ditahan di mana kesemuanya adalah lelaki berusia lingkungan 16 hingga 53 tahun.

Operasi melibatkan lapan pegawai dan 65 anggota terdiri dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabata Polis Daerah Jerantut, Agensi Anti dadah Kebangsaan (AADK) Jerantut, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Jerabtut, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Jerantut, Polis Bantuan Felda dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Zainal Omar Mahamud berkata, operasi melibatkan serbuan di pot penagihan dadah, serbuan rumah dan sekatan jalan raya.

"Hasil serbuan berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 10.08 gram, heroin seberat 0.52 gram dan air ketum sebanyak 0.86 liter dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM2,100," katanya.

Tambahnya, kesemua tangkapan melibatkan 40 kes di mana satu kes disiasat di bawah Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, dua kes di bawah Seksyen (3) Akta Racun dan selebihnya disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, hasil ujian air kencing ke atas kesemua yang ditahan didapati kesemuanya adalah positif dadah.


0 comments:

share2