Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 12, 2017

UMNO 'RESTUI' NAJIB BERUNDING DENGAN PAS


umno_najib_restui_PAS.jpg


Kuala Lumpur: Presiden Umno Dato' Sri Najib Razak dikatakan telah mendapat lampu hijau daripada kepimpinan parti dalam mengadakan rundingan pakatan pilihan raya dengan PAS.

Memetik laporan The Star, perkara itu diberitahu Ketua Penerangannya Tan Sri Annuar Musa, bahawa ini adalah kali pertama idea mengenai pakatan antara kedua-dua parti itu.

Anuar dilaporkan sebagai berkata bahawa segala-galanya kelihatan positif sekarang.

Beliau percaya usaha itu akan membuahkan hasil jika pakatan sedemikian disokong oleh ramai orang Melayu yang prihatin terhadap perpaduan Melayu.

Annuar dipetik berkata demikian di sesi dialog dengan tiga pemimpin pelajar universiti, bertajuk "Anda Tanya Kita Jawab" di Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau dilaporkan tidak mengulas lanjut mengenai bagaimana kerjasama dengan PAS itu akan diadakan.

Minggu lepas, Annuar juga membayangkan bahawa Umno dan PAS akan bekerjasama, kerana menurutnya kedua-dua parti itu mempunyai "DNA yang sama", iaitu memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan Islam.


0 comments:

share2