Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 12, 2017

'MAKNA PUN TAK TAHU, ADA HATI NAK BUAT HIMPUNAN HAPUSKAN KLEPTOKRASI'




"Makna kleptokrasi pun tidak tahu, ada hati nak buat himpunan hapuskan kleptokrasi" itu sindiran Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa terhadap ahli Pakatan Harapan yang akan mengadakan perhimpunan mereka di sebuah padang awam di Petaling Jaya Sabtu ini.

Menurut Ahli Parlimen Ketereh itu, pembangkang akan berjaya mengumpulkan 2.5juta penyokong pada perhimpunan tersebut.

"Kalau PAS berjaya kumpulkan 200ribu orang pada Himpunan Fastaqim 2.0 di Terengganu pada bulan lalu, saya percaya Sabtu ini, 2.5 juta akan berhimpun.

"Sebuah parti yang kononnya menang undi popular sebab dapat 52 peratus undian, dan adakan perhimpunan di tempat yang mereka ada sokongan paling kuat, saya harap pihak PDRM bersedialah sebab 2.5juta akan berhimpun Sabtu ini," katanya.

Sindir Annuar lagi, sasaran 2.5juta akan dicapai kerana Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohammad Sabu pasti akan kerah 500 ribu ahlinya untuk sertai.

"Himpunan ini akan lebih besar dari fastaqim PAS di Terengganu sebab Mat Sabu akan kerah ahli PAN sahaja dah dekat 500 ribu. Jadi rancang perjalanan anda pada Sabtu ini kerana pemimpin dan 2.5juta penyokong akan berhimpun," katanya.

Annuar turut memberi penjelasan mengenai kleptokrasi yang disalah anggap oleh sesetengah pihak bahawa ia berkaitan dengan rasuah semata-mata.

"Kleptokrasi merupakan suatu bentuk undang-undang yang sedang diguna pakai di Amerika Syarikat (AS) yang mana digunakan apabila berlaku di AS atau libatkan institusi di AS yang sumbernya dikhuatiri dari sumber tidak sah.

"Maka undang-undang kleptokrasi menyatakan mereka boleh buat dakwaan sivil termasuklah rampasan sekiranya mahkamah di AS kata dakwaan itu benar. Itu secara ringkasnya," katanya.

Tambahnya, jika benar pembangkang ingin wujudkan undang-undang ini, mereka boleh membawanya ke Parlimen dan Annuar akan menjadi salah seorang yang menyokongya.

"Apa guna berhimpun tapi undang-undang itu tiada? Jika di AS, LGBT dihalalkan, adakah Malaysia nak ikut? Kita mesti buat undang-undang dalam konteks negara kita.

"Kalau pembangkang syorkan nak buat undang-undang seperti di AS di sini, mereka perlu bawak ke Parlimen dan saya nak sokong sebab kalau ada undang-undang kleptokrasi, kita boleh bekukan sebuah runah di Pulau Pinang yang tiada kolam renang.

"Kalau ada di negara kita, kita boleh bekukan aset seorg pemimpin yang telah didakwa oleh seorg blogger yang telah menerima wang bernilai RM1bilion," katanya.

Ujar Annuar, di bawah kleptokrasi aduan sudah cukup untuk tindakan digerakkan.

"Fahamkan dulu apa itu kleptokrasi. Perhimpunan hari Sabtu itu lebih kepada perhimpunan mereka nak sindir Perdana Menteri, dalam strategi besar mereka nak teruskan politik karektar.

"Tapi rakyat Malaysia bukan semuanya bodoh. Orang Malaysia ramai yang faham apa itu kleptokrasi..biarlah proses tu berlaku..berhimpunlah...," katanya.

Sebelum itu, Annuar berkata tidak salah untuk anak muda kekal anti-pemerintah tetapi harus melalui konteks yang betul iaitu perlu kritis dan bertanggungjawab.

Menurutnya, tajuk yang dipilih pada Diskusi UMNO - Online live : Anda Tanya Kita Jawab iaitu Golongan Muda Anti-Establishment di Menara Dato Onn, PWTC pada Rabu, lebih kepada yang menolak kerajaan memerintah.

"DAP pun establish, Pakatan Harapan juga begitu. Lim Kit Siang telah establish lebih 30 tahun. Tidak salah bersikap anti pemerintah. Jangan hanya buat persepsi anti pemerintah hanya kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) sahaja. Tidak...apa sahaja yang wujud kita ambil sikap kritis terhadapnya, ambil yang positif," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita kesimpulan yang boleh dibuat berhubung tajuk yang dipilih.

Selain Annuar, diskusi tersebut turut menampilkan tiga ahli panel lain iaitu Raja Azraff Raja Azmil yang merupakan Ahli Parlimen Belia Malaysia, Satesh Kumar Sangar iaitu Mantan Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Chong Heng Yee yang merupakan Exco Keusahawanan bagi Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekologi Manusia di UPM.

Tambah Annuar, jika kita digelar sebagai anti-pemerintah, tetapi diakhir jalannya, kita harus menggunakan kebijaksanaan bestari dan bertindak sebagai jauhari yang dapat menilai antara intan dan kaca

"Jangan jadi orang muda yang tenggelam dengan isu tanpa memahami asas. Bila tengok isu sensasi, kita seronok sehingga terlupa bagaimana formula BN dahulu yang mensejahterakan kita.

"Cerdik sahaja tidak cukup tapi perlu ada kebijaksanaan. Keadaan ini bukan hanya wujud sekarang ini tetapi sejak dulu lagi tetapi perlulah dari sikap yang positif.

"Saya yakin mereka mahasiswa bestari dan jauhari. Pemimpin parti tidak perlu mengambil kesempatan ke atas mereka. Mereka bijak, mereka tahu memilih siapa yang mereka mahu (pemimpin)," katanya.

Sedar akan keadaan anak muda sekarang yang kurang cakna terhadap isu politik, Annuar berkata, kesalahan itu harus dituding kepada orang tua, bukan kepada anak muda itu sendiri.

"Salah orang tua jika anak- anak muda tidak tahu politik. Apa bentuk suasana yang kita rasakan di universiti, sejauh mana pemimpin negara paeti negara berceritera, kita harus bersama mereka untuk bercakap pasal politik dan memberi penjelasan.

"Ini tidak, asyik-asyik cerita mengenai projek, bajet, pitih. Salah kita. Ulang benda yang sama. Itu santapan fizikal, bagaimana dengan santapan intelektual dan rohani? Apakah UMNO ini parti kebendaan? Tidak...

"Mereka ini generasi anak-anak saya. Saya tak boleh andaikan mereka akan faham macam yang saya faham. Bukan semua anak muda ada masa nak basa buku sejarah. Mereka tidam tahu apa yang saya lalui pada peristiwa 1969 lalu. Bagaimana orang Melayu dan Cina.

"Salah siapa? Salah kita, kita yang perlu memberi penjelasan kepada mereka," katanya.

Bercakap mengenai program diskusi tersebut, Annuar berkata ia akan diadakan tiap-tiap hari Rabu setiap secara berterusan.

"Ia akan diadakan setiap minggu. Jika saya di dalam keuzuran atau ada hal yang saya tidak dapat elakkan, saya harap ada wakil dari ahli majlis tertinggi yang dapat menggantikan saya.

"Diskusi ini bukan hanya akan dilakukan di dalam studio, tetapi ia boleh dilakukan di mana sahaja," katanya.

Tambahnya, matlamat diskusi tersebut agar kerajaan mendengar masalah yang diluahkan rakyat.

"Bukan hanya format studio, di tepi warung, masjid, kafe dan di mana-mana sahaja dan kandungan diskudi tersebut perlu reflek dengan persekitaran sebenar.

"Saya tidak mahu orang awam yang terlibat di beri skrip soalan untuk diajukan kepada saya. Mereka bebas untuk bercakap. Itu kaedah yang diambil," katanya.


0 comments:

share2