Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 21, 2017

DUA TAHUN MENGHILANG, FARHANA KEMBALI KE MALAYSIA




Kuala Lumpur - Usaha menjejaki rakyat Malaysia Nurul Farhana Ahmad, 25, yang menghilangkan diri bersama warga Indonesia sejak dua tahun lalu menemui kejayaan apabila dia di bawa pulang ke tanah air semalam.

Menurut Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi, usaha membawa pulang Nurul Farhana itu dipermudahkan hasil kerjasama Kedutaan Malaysia di Indonesia melalui Duta Besar Malaysia, Datuk Seri Zahrain Hashim, Duta Indonesia ke Malaysia, Rosdi Kirana; Konsulat Jeneral Malaysia di Medan dan Imigresen Indonesia.

“ Alhamdulillah segala cabaran dalam membawa pulang Farhana dipermudahkan. Misi kita membawa balik Farhana dan anaknya yang menghilangkan diri selama dua tahun di Indonesia selamat dipertemukan dengan keluarganya. Ada pengalaman yang sangat mahal harganya dilalui oleh Farhana.

“Inilah perbezaan MP Barisan Nasional dan Pakatan. Kita dilatih dengan politik khidmat bakti iaitu menyelesaikan masalah rakyat berbanding mereka menerapkan politik kebencian dan fitnah dalam meraih kuasa dan mendekatkan diri dengan rakyatkata Budiman menerusi satu kenyataan di sini semalam”.

Turut dilaporkan, Nurul Farhana bersama anak kecilnya selamat tiba di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2) petang ini selepas usaha yang diketuai oleh Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berjaya menjejakinya di Medan Indonesia.

Hari ini Nurul Farhana selamat dipertemukan semula dengan keluarganya terutama ibunya, Normah Yusuf yang menetap di Parit 7, Sekinchan.

Jelas Budiman, usaha membawa pulang Nurul Farhana ini menggunakan pendekatan People to People (P2P) iaitu melalui NGO Nusasentris Malaysia - Indonesia untuk berunding dengan ketua daerah dan keluarga di Batubara.


0 comments:

share2