Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, October 16, 2017

[KUANTAN] RAMAI TAK MAMPU BELI RUMAH KERANA REKOD BURUK


Ramai tak mampu beli rumah kerana rekod buruk


Usaha kerajaan menyediakan rumah mampu milik untuk membantu rakyat di negeri ini memiliki kediaman sendiri gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan sasar kerana ada yang tidak mampu untuk membelinya.

Masalah itu berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk gagal mendapatkan pembiayaan bank.

Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob berkata, kerajaan negeri setakat ini membina 37,000 unit rumah mampu milik dengan harga antara RM120,000 hingga RM150,000 namun malangnya ramai yang tidak masih mampu membelinya.

Menurutnya, rumah yang dijual pada harga RM150,000 itu amat selesa dan cantik, tetapi malangnya ramai yang tidak mampu.

“Sebenarnya, masalah pembiayaan pinjaman ini tidak boleh salahkan pihak bank semata-mata kerana saya difahamkan, ada pemohon mempunyai komitmen tinggi dan baki gaji bulanan tidak mencukupi untuk membayar pinjaman baru.

“Selain itu, rekod buruk peminjam juga menjadi faktor kerana ramai yang culas untuk membayarnya bukan sahaja hutang bank tetapi hutang pembiayaan pinjaman lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan Majlis Pelancaran Gotong-royong NBOS MyBeautiful Neighbourhood (MyBN) peringkat Negeri Pahang 2017 di Kampung Balok di sini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Sri Muhamad Safian Ismail; Pegawai Kemajuan Negeri Pahang, Dato' Zulkifli Yaakob dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Dato' Fadzilla Salleh.

Hadir sama, Pengarah SWCorp Pahang, Dato' Mohd Nor Afandi Abd Aziz; Ketua Umno Indera Mahkota, Dato' Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid dan Ketua Polis Pahang, Datuk Rosli Ab. Rahman

Adnan berkata, justeru orang ramai perlu ubah sikap dengan mengambil berat dan lebih bertanggungjawab melunaskan hutang bagi mengelak sebarang masalah terutama peluang untuk membuat pinjaman baharu.


0 comments:

share2