Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 19, 2017

[KUANTAN] LELAKI MAUT DITIKAM 2 INDIVIDU TIDAK DIKENALI





Seorang lelaki maut akibat ditikam dua individu tidak dikenali di hadapan sebuah pusat hiburan di Lorong Haji Ahmad 6 di sini, awal pagi tadi.

Mangsa Tan Yee Chuan, 31 beralamat di Cheras, Kuala Lumpur yang cedera parah akibat terkena tikaman di bahagian perut dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba ke hospital.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.45 pagi itu, mangsa bersama seorang rakan (pengadu) sedang berbual di luar sebuah pusat hiburan di lokasi berkenaan sebelum didatangi dua lelaki bertopeng bersenjatakan parang dan pisau.

Menurutnya, salah seorang suspek bertindak menikam mangsa dengan pisau sebelum melarikan diri dengan sebuah kenderaan.

“Pengadu berusia dalam lingkungan 20-an bekerja sebagai jurujual bawa mangsa ke HTAA bagaimanapun doktor sahkan lelaki itu telah meninggal dunia,” katanya.

Othman berkata, hasil siasatan pihaknya tidak menolak kemungkinan kedua-dua suspek berbangsa Cina berdasarkan percakapan dan menggunakan sebuah kenderaan yang belum dikenalpasti.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di HTAA akibat kecederaan teruk di bahagian perut bagaimanapun punca sebenar kematian bergantung kepada keputusan bedah siasat.

“Siasatan berhubung kes ini sedang dijalankan mengikut Seksyen 301 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Sesiapa yg mempunyai maklumat boleh hubungi Ketua bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuantan di talian: 013-9823630,” katanya.


0 comments:

share2