Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 19, 2017

BEKAS PEGAWAI LHDN DIKESAN JADI 'DURI DALAM DAGING'





Kuala Lumpur – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan seorang lelaki yang aktif memberikan pandangan negatif dan mengkritik kerajaan serta pemimpin negara di laman Facebook tidak lagi berkhidmat dengan agensi tersebut.

Bahagian Komunikasi Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LHDN dalam satu kenyataan media menjelaskan, individu yang menggunakan akaun Facebook Shariff Hjahmad itu sebenarnya telah bersara pada Ogos tahun lalu.

Justeru, LHDN menggesa individu terbabit agar tidak lagi mengaitkan dirinya sebagai pegawai LHDN dalam mengeluarkan sebarang komen negatif ke atas kerajaan.

“LHDN ingin menafikan individu tersebut masih mempunyai perkaitan dengan LHDN dan menegaskan bahawa pendapat dan komen beliau di laman sosial adalah tidak mewakili LHDN.

“LHDN juga menggesa individu terbabit agar tidak mengaitkan dirinya dengan LHDN memandangkan beliau sudah tidak lagi berkhidmat dengan LHDN,” kata kenyataan itu hari ini.

Pemilik akaun facebook tersebut dikecam netizen kerana mengeluarkan pelbagai kenyataan mengecam kerajaan tetapi mengaku dirinya sebagai pegawai LHDN.

Pemilik akaun laman sosial itu dipercayai penyokong tegar pembangkang dan Tun Dr. Mahathir Mohamad berdasarkan gambar-gambar yang muat naik dalam akaun Facebook tersebut.

Salah seorang netizen yang kesal dengan perbuatan lelaki berkenaan menulis di ruangan komen Facebook bekas pegawai LHDN tersebut seperti berikut:

“Duri dalam daging macam ini jangan disimpan. Kalau DAP yang menang dialah yang akan jadi “Bujang” dalam cerita Sarjan Hassan.”


0 comments:

share2