Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, October 8, 2017

[KUANTAN] JELAJAH MILENIA NEGERI PAHANG




Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Adnan bin Yaakob menasihati golongan remaja hari ini yang dianggap “Harapan Bangsa dan Tiang Negara” untuk berfikiran kritikal dan rational tetapi tidak beremosi.

“Di zaman media sosial mempengaruhi masyarakat, golongan remaja harus menilai segala yang diterima dengan kritikal tanpa terus mempercayainya untuk terus berdemo di jalan-jalan tanpa berfikir terlebih dahulu.”

“Kerajaan pun ada kelemahannya dan remaja boleh menyampaikan  pandangan dan kritikan mereka melalui  saluran seperti Majlis Perwakilan Pelajar dan seterusnya menghantar memorandum kepada pemimpin negara,” kata beliau.

Menteri Besar Pahang berkata demikian di Majlis Perasmian Jelajah Milenia Negeri Pahang di Universiti Malaysia Pahang.

Menurut beliau lagi, sebelum memberi sumbangan kepada negara, pelajar-pelajar remaja harus menyumbangkan diri mereka dengan kecerlangan dalam akademik dan kemahiran. Dan hadiahkan keputusan pendidikan terbaik kepada keluarga mereka.
     

          

0 comments:

share2