Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, October 2, 2017

DAKWAAN KERAJAAN BANKRAP HANYA TOHMAHAN




Melaka: Dakwaan pembangkang kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) bankrap hanyalah tohmahan untuk mengelirukan rakyat.

Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Wira Abu Bakar Md Diah, berkata di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak, pelbagai peruntukan masih dapat disalurkan, sekali gus membuktikan kemakmuran ekonomi negara.

"Kita masih lagi mampu menganjurkan pelbagai program selain menyalurkan peruntukan bagi menggerakkan program dalam usaha menyatukan masyarakat pelbagai kaum.

"Malah, pelbagai bantuan seperti kewangan, barangan dapur dan juga barangan elektrik masih dapat disalurkan kepada pihak yang memerlukan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis 'High Tea Merdeka' anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Klebang Besar di Dewan Muhibah, Pulau Gadong, di sini semalam.

Yang hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong; Pengerusi JKKK Klebang Besar, Mohd Yusof Abu Hassan dan Pengerusi Biro Kebajikan Tangga Batu, Datuk Seri Ali Muhammad.

Katanya, majlis yang dihadiri kira-kira 3,000 penduduk berbilang kaum di kawasan Parlimen Tangga Batu itu membuktikan penerimaan positif masyarakat terhadap usaha serta kebajikan dilakukan BN.

"Saya kira program ini memberi impak positif kepada warga Pulau Gadong dan Klebang khususnya dalam jalinan ukhwah dan menyatukan masyarakat di Parlimen Tangga Batu.

"Inilah semangat Merdeka yang kita dimahukan," katanya yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Pada majlis sama, Abu Bakar turut melancarkan Tabung Sumbangan Rohingya.


0 comments:

share2