Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, September 17, 2017

TOK GAJAH LEGA BEKALAN SELESA


sads


Skuad Tok Gajah meraih bekalan selesa selepas mencatatkan kemenangan 3-1 dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2017 di Stadium Darul Makmur di sini malam tadi.

Separuh babak pertama menyaksikan penguasaan Pahang dengan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria memecahkan kebuntuan jaringan untuk gol pembukaan perlawanan pada m-36.

Selang dua minit kemudian kekalutan di depan gawang lawan berjaya dimanfaatkan oleh pemain pertahanan Mohd Afif Amiruddin untuk gol kedua perlawanan.

Tuan rumah terus mengukuhkan penguasaan mereka dan kali ini giliran kapten pasukan Matthew Davies merobek gawang lawan pada m-40.

Kedudukan kekal dan Perak masih gagal memecahkan kebuntuan hingga tamat separuh babak pertama perlawanan.

Bersambung babak kedua Perak memecahkan kebuntuan selepas pemain importnya Gilmar Jose Da Silva Filho menghasilkan gol sulung pada m-68.

Kedudukan kekal walaupun empat minit masa tambahan diberikan menyaksikan Pahang meraih kemenangan di halaman sendiri.


0 comments:

share2