Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, September 18, 2017

[ROMPIN] BUKAN KAKI PANCING TEWASKAN IKAN LAYARAN


asd


Biarpun bukan seorang kaki pancing, namun peluang setahun sekali untuk memancing dan merasai sendiri menaikkan ikan layaran di perairan Kuala Rompin tidak dilepaskan sama sekali.

Pegawai Daerah Rompin, Dato' Mohd Zulkifli Hashim, berkata, tahun lalu kali pertama dia cuba memancing ikan layaran itu namun mengecewakan kerana umpannya tidak mengena.

Menurutnya, tidak sangka kali ini umpannya disambar ikan itu dan merasai pengalaman berharga 'berlawan' sebelum berjaya menewaskan ikan yang bersaiz agak besar itu.

"Saya bukanlah seorang pemancing tegar, tahun lepas dah pernah pergi tapi tak dapat namun pengalaman kali ini berbeza kerana berjaya menaikkan ikan layaran.

"Memang sukar ketika berlawan dengan ikan tersebut dan saya bimbang jika ia terlepas. Kira-kira 10 minit juga masa yang diambil sebelum berjaya menewaskannya," katanya.

Mohd Zulkifli menyertai Royal Pahang Billfish International Challenge 2017 yang berlangsung dari 15 hingga 17 September lalu.

Sebanyak 26 pasukan dengan 78 peserta terdiri daripada tempatan dan pelancong asing menyertai acara tahunan yang masuk kali ke-13 sejak 2004 diadakan di perairan Kuala Rompin itu.

Sejak 2015, ia diuruskan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia (Motac) Negeri Pahang dan Lembaga Pembangunan Tioman (TDA) manakala Persatuan Memancing Malaysia dengan kerjasama Persatuan Memancing Rompin bertindak sebagai pengurus acara.

Dalam pada itu, Mohd Zulkifli turut menzahirkan rasa syukur kerana dapat menaikkan ikan berkenaan ditambah dengan rasa teruja dan gembira.

"Ini kali pertama saya menewaskan ikan layaran yang dianggarkan seberat 50 kilogram. Insya-ALLAH saya akan ke laut lagi untuk menangkap ikan jenis layaran ini," katanya.


0 comments:

share2