Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, September 27, 2017

REALITI POLITIK PERKAUMAN MELAMPAU DAP




Seremban – Ahli Umno harus membuka lipatan sejarah bagi melihat bagaimana politik perkauman bermula dan siapa sebenarnya DAP sejak kedatangan mereka selepas 20 tahun penubuhan Umno.

Ketua Pengerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata, ini adalah cara DAP untuk menguasai masyarakat di negara ini melalui tunjuk ajar dari sekutu mereka iaitu Parti Tindakan Rakyat Singapura (PAP).

Bagaimanapun katanya, sejarah tidak pernah menidahkan perkara sebenar malah tindak tanduk DAP ini telah dihidu sejak pemerintahan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, ini kerana sebelum kedatangan mereka Umno, MCA dan MIC tidak mengalami masalah berkaitan perkauman.

“Ini dapat dilihat dalam pilihan raya pada tahun 1969 DAP telah mengwujudkan suasana tertentu kerana mereka ingin untuk menguasai dan perkara ini telah berlaku dalam sistem pembangkang.

“Walaupun Selangor diperintah oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) ia masih dikuasai oleh DAP begitu juga di Perak sebelum ini, malah perkara yang sama berlaku di Parlimen di mana Ketua Pembangkang adalah Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tetapi perlu mendengar arahan kerana mereka majoriti,” katanya di sini.

Annuar dalam siri jelajah seluruh negara bagi memberi penerangan kepada ahli Umno dalam program Bicara Minda & Sesi Dialog membawa tajuk Perjuangan For All anjuran Ibu Pejabat Umno Seremban merupakan lokasi ketiga jelajah itu dan turut disertai oleh bekas aktivis DAP Mohamad Razali Abdul Rahman.

Annuar berkata, sebagai parti politik yang matang kita tidak hanya membicara hal berkaitan dengan Umno, sebaliknya kita harus membiacarkan hal pihak lawan agar mudah untuk bersiap sedia dalam pilihan raya akan datang.

Selain itu katanya, DAP akan bersarang di mana ramai masyarakat Cina di sesuatu kawasan dengan membakar api perkauman dengan cara ini dan cara yang diamalkan oleh mereka sejak dahulu lagi.

“Kini tugas mereka bertambah mudah apabila orang Melayu mula berpecah belah, ini disebabkan sesetengah individu lebih mementingkan politik peribadi daripada kepengtingan rakyat malah beliau tidak lagi mendapat sokongan majoriti dari orang Melayu.

“Perkara ini berlaku terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, dan senjata ini dipergunakan oleh DAP agar orang Melayu terus berpecah kerana dengan cara ini mereka dapat menguasai,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Annuar turut menegur sesetengah pemimpin Barisan Nasional (BN) terlalu memberi perhatian kepada tugas mentadbir negara sehingga pembangkang mempunyai ruang untuk mempermainkan isu.

“Pembangkang sepanjang masa memutar belit isu dan membuat pelbagai tuduhan kepada kerajaan dan membuat janji yang sukar ditunaikan kerana itu tujuan mereka. Oleh itu jangan sampai kita leka dalam urusan tadbir sehingga tidak pandai berpolitik.

"Selaku pemimpin BN terutama Umno kita harus memperkemaskan cara berpolitik lebih kerap menjawab serta mematahkan hujah pembangkang,” katanya.


0 comments:

share2