Seorang lelaki ditahan kerana melakukan khianat ke atas sebuah kenderaan polis dengan mengetuk cerminnya menggunakan alat pengunci stereng dalam kejadian di tepi jalan hadapan Masjid Annur, Ketapang Hilir, Pekan kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 pagi itu, kenderaan Peronda (MPV) yang dinaiki dua anggota termasuk (pengadu) mengalami kerosakan apabila retak di bahagian cermin depan akibat perbuatan suspek berusia 32 tahun.
Timbalan Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, suspek yang memandu sebuah kereta jenis Proton Waja cuba melarikan diri bagaimanapun dia berjaya ditahan di Jalan Sultan Ahmad, Pekan.
Susulan penahan suspek itu, polis merampas kenderaan, alat pengunci stereng yang digunakan suspek untuk siasatan lanjut.
“Kejadian berlaku ketika anggota terlibat yang menaiki kenderaan MPV itu dalam tugas rondaan dan berhenti di lokasi berkenaan sebelum didatangi suspek sebelum mengetuk cermin depan kenderaan tersebut menggunakan pengunci stereng sebanyak dua kali.
“Suspek kemudiannya melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Proton Waja. Pengadu meminta bantuan dan mengejar kenderaan suspek sebelum berjaya ditahan,” katanya.
Mohd Zaidi berkata, hasil pemeriksaan polis menemui dan merampas pengunci stereng yang digunakan di bawah tempat duduk penumpang hadapan.
‘Suspek yang tidak bekerja di bawa ke balai untuk siasatan lanjut bagaimanapun hasil semakan rekod, lelaki itu tiada rekod lampau.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 425 kanun keseksaan kerana ugutan Jenayah dan khianat terhadap harta benda,” katanya.
0 comments:
Post a Comment