Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, September 13, 2017

[JERANTUT] 18 PENDUDUK LEGA TERIMA NOTIS 5A


18 penduduk lega terima Notis 5A


Penantian lima tahun 18 penduduk Mukim Ulu Cheka di sini berakhir apabila mereka menerima Notis 5A untuk tanah pertanian yang diserahkan dalam satu majlis di Mini RTC Ulu Cheka, di sini, semalam.

Notis 5A berkenaan disampaikan Adun Damak, Dato' Lau Lee bersempena program Moh Ngeteh Merdeka @KKLW, di sini, semalam.

Lau Lee berkata, kesemua penerima dari Kampung Ulu Cheka, Kampung Som, Kampung Bharu, Kampung Damak, Kampung Perlok dan Kampung Koi telah menerima Notis 5A tanah pertanian yang berleluasa maksima 1.2 hektar.

“Setiap penerima menerima tanah berkeluasan berbeza dan pada kali ini penyampaian dibuat dengan cara kami turun ke padang dan bukan menerusi penyerahan menerusi majlis khas yang diadakan di dewan,” katanya.

Penerima, Othman Ripin, 70, melahirkan rasa syukur akhirnya permohonan tanah pertanian getah yang dibuat sejak 2012 kini telah menjadi miliknya.

“Saya telah usahakan tanaman getah sejak lebih 30 tahun dan sebelum ini hanya sebahagian besar saja yang bergeran. Alhamdulillah syukur akhirnya sebahagian lagi permohonan telah diluluskan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ulu Cheka, Nazri Che Husin berkata, Moh Ngeteh Merdeka @KKLW diadakan secara serentak di seluruh negara dan ia merupakan tahun kedua Kampung Ulu Cheka

“Kami berbesar hati dan tidak akan melepaskan peluang untuk menganjurkan program sebegini pada masa akan datang,” katanya.


0 comments:

share2