Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, September 13, 2017

MUHYIDDIN 'TERDESAK' LARI DARI BAYANGAN MAHATHIR




Nak tergelak atau tergamam mendengar celaan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terhadap UMNO yang dianggapnya sebagai golongan `jahiliah’, tak pasti perasaan yang mana satu untuk dikongsikan.

Bukan sahaja UMNO menjadi mangsa hamburan Muhyiddin, Pas pun terpalit sama.

Di atas kertas, motif bekas Timbalan Presiden UMNO itu mengeluarkan celaan sedemikian rupa tak susah untuk dibaca.

Muhyiddin barangkali berasa terpinggir daripada laporan arus media perdana hatta portal berita dan blog pembangkang kerana selaku berjawatan presiden PPBM pun dia gagal menyaingi `populariti’ pengerusi parti Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pendek kata, kenyataan dan buah fikiran Muhyiddin tidak diambil perhatian langsung oleh Mahathir serta ketua-ketua parti dalam Pakatan Harapan.

Lantas dia mengharapkan sekurang-kurangnya dengan mengeluarkan istilah `jahiliah’ terhadap UMNO dan Pas mampu `menghidupkannya’ semula dalam detik menghampiri pilihan raya umum ke-14.

Membaca hujah Muhyiddin mentohmah perkataan `jahiliah’ itu, diyakini sebab mengapa `jahiliah’ itu terpacul dari mulut Muhyiddin pun dikatakan tidak begitu kuat.

Jarang mendengar Muhyiddin mengeluarkan ungkapan `cakap tak serupa bikin’ begini, melainkan dia kini semakin terdesak untuk menonjolkan semula dirinya selain dipercayai meluat dengan gelagat `popular’ Mahathir.

Umum termasuklah orang dalam UMNO sendiri mengenali Muhyiddin sebelum ini sebagai taat dan setia kepada UMNO.

Suatu ketika pada 29 November 2015, Muhyiddin yang waktu itu Ketua UMNO bahagian Pagoh semasa menerima memorandum sokongan daripada 106 cawangan di bahagian itu menegaskan:

“Walau apa pun yang berlaku, saya tetap merupakan anggota UMNO yang setia kepada parti.

“Biarlah dicincang dan dipancung, saya tetap (setia pada) UMNO,” katanya.

Demikian juga ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menang tanpa bertanding jawatan Presiden pada pemilihan parti 2013, Muhyiddin mengungkapkan kesetiannya kepada Presiden UMNO menerusi dua rangkap pantun:

Cantik terbilang si bunga tanjung

Dibawa tuan duduk di tangga

Budi dikenang bakti disanjung

Setia ku tuan pada mu jua.



Anak muda memakai tanjak

Wanita bergaya di Tanjung Puteri

Patuh berkhidmat takkan berganjak

Kepada Presiden setia berbakti.


Mengenali Muhyiddin, amat sukar dia mahu mengungkapkan perkataan `jahiliah’ terhadap UMNO, bekas partinya dan Pas, bekas sekutu pakatan pembangkang.

Melainkan, ada `tangan-tangan ghaib’ mahukan dia berbuat demikian. Atau sebenarnya Muhyiddin mahu lari dari bayangan Mahathir dalam kalangan parti-parti dalam Pakatan Harapan.


0 comments:

share2