Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, September 18, 2017

[GENTING HIGHLANDS] MAUT TERJATUH DARI TINGKAT 16 KETIKA BERGAMBAR


PDRM


Seorang pekerja restoran maut terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di Genting Highlands di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, ketika kejadian pada jam 2.50 petang itu, mangsa P Kanesh Naidu, 20, dipercayai memanjat tembok untuk mengambil gambar.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Taman Sri Sinar, Kuala Lumpur maut selepas terjatuh ke tingkat tujuh hotel berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati mangsa dan tiga rakannya datang ke Genting Highlands untuk bercuti.

“Setelah sampai di tingkat 16, di tempat letak kereta hotel itu, mangsa terus keluar dari kereta manakala rakan-rakannya masih berada di dalam kereta.

"Mangsa dipercayai memanjat tembok letak bunga di tingkat 16 di tempat letak kereta hotel itu, namun tergelincir," katanya kepada pemberita ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan yang konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi.

"Siasatan awal dijalankan dan kejadian itu didapati tiada unsur jenayah," katanya.


0 comments:

share2