Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, September 18, 2017

[KUANTAN] KONVOI SEMPENA PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN


 Konvoi sempena penutup bulan kemerdekaan


Bagi menyemarakkan kecintaan terhadap negara, Pejabat Dun Sungai Lembing , mengambil inisiatif menganjurkan Konvoi Merdeka sempena penutup bulan Kemerdekaan.

Program itu melibatkan penyertaan 40 motosikal yang berkonvoi sejauh tujuh kilometer di tiga kawasan Felda iaitu bermula dari Felda Bukit Goh, Felda Bukit Kuantan dan Felda Bukit Sagu.

Adun Sungai Lembing, Dato' Md Sohaimi Mohamed Shah berkata, konvoi itu julung kali diadakan dan berharap dapat dilaksanakan pada skala yang lebih besar pada masa akan datang.

Menurutnya, beliau mengumpul golongan muda supaya mereka mempunyai kesedaran terhadap peranan mereka kepada masyarakat setempat.

“Konvoi ini melalui sekitar kawasan Felda dan turut berhenti di program gotong-royong yang diadakan di Felda Bukit Kuantan. Di situ peserta akan turut serta bergotong-royong dengan penduduk setempat.

“Golongan muda perlu pendedahan agar bergaul dengan komuniti kerana tenaga mereka sebagai orang muda amat diperlukan,” katanya ketika ditemui pada Program Pelepasan Konvoi Merdeka di Felda Bukit Goh, kelmarin.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Bukit Goh, Mat Zahari Deraman.

Md Sohaimi berkata, aktiviti sedemikian juga dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain dalam masa yang sama mencegah gejala kurang sihat dalam kalangan anak muda.

Katanya, anak muda di peringkat usia yang baru mengenal dunia perlu dibimbing supaya tidak terjebak dengan anasir jahat seperti dadah dan sebagainya.

Md Sohaimi turut menyertai konvoi tersebut yang dilepaskan oleh Mat Zahari.


0 comments:

share2