Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 5, 2017

ZIZAN PULA JADI MANGSA PATUNG BERHANTU, ANNABELLE




PERASAN tak yang minggu ni Annabelle semakin ‘berkuasa’ dekat kawasan Lembah Klang ni?

Hari tu dia ‘lepak’ kat dalam MRT, kemudian LRT KLCC. Tak lama lepastu, dekat Sunway Pyramid pulak.

Sekarang dia dah ‘sampai’ dekat Sri Pentas Bandar Utama. Apa pulak si Annabelle tu buat dekat sana? Nak jadi artis pulak ke tu?

Annabelle dikatakan telah ‘mengganggu’ dua orang dekat Sri Pentas. Salah seorangnya ialah pelawak popular, Zizan Razak.


Amboi Annabelle… Berani awak kacau Zizan? Dia dah la baru balik dari umrah. Nanti dia baca ayat Quran dekat awak nanti, habis terbakar!

Yang bestnya jadi dekat Zizan bila dia nak baling kasut kena kepala si Annabelle tu. Bocor lah kepala orang tu! Yaa yang Annabelle besar tu manusia. Yang kecik tu patung je.


Sebenarnya team Quickie dari Sri Pentas cuba untuk prank Zizan ni. Maklumlah Michelle dari team Melodi kata Zizan ni kalau bercerita pasal kisah hantu, dia mesti akan control macho. Konon tak takut.

Jadi sebab tu lah diorang nak kenakan Zizan nak tengok, macho ke tidak bila dah kena kacau dengan Annabelle. Tapi yang part ada organ dalaman tu seram sikit. Sebab kata Zizan waktu tu dia ada cium bau wangi macam bau bunga…

Selain Zizan, ada seorang lagi ‘mangsa’ si Annabelle ni, iaitu Justin Ang yang merupakan pemain gitar kumpulan Young Thousands. Justin ni pun macam Zizan jugak ni, control macho.

Apa pun memang kelakar Zizan kena prank dengan Annabelle ni. Makin nakal pulak si patung berhantu ni.

Anda semua jaga-jaga ya. Annabelle ni dah ‘merayau’ dekat merata-rata tempat dah sekarang ni.

0 comments:

share2