Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 5, 2017

[KUANTAN] PEMANGKU RAJA PAHANG RASMI KOLEJ TAR PAHANG


Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman


Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah merasmikan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) Pahang di Indera Mahkota 9, di sini , hari ini.

Turut hadir, Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak dan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob.

Hadir sama, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Mary Yap.

Kampus yang dibina dengan kos RM45juta itu memberi tumpuan kepada bidang sains, teknologi dan kejuteraan y ang kesemuanya untuk pengajian peringkat ijazah sarjana muda serta diploma.




Sementara itu, Tiong Lai yang juga Pengerusi Lembaga Pengelola TAR UC, berkata untuk tempoh lima tahun pusat pengajian berkenaan akan memfokuskan untuk menyediakan pelbagai program termasukteknologi pembinaan kereta api.

"Kursus lain adalah kejuruteraan, perniagaan, logistik serta teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) untuk program diploma dan ijazah sarjana muda" katanya.

Kolej seluas kira-kira enam hektar itu mampu memuatkan seramai 3,000 penuntut dari seluruh negara khususnya Pantai Timur.


0 comments:

share2