Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, August 13, 2017

WANITA SENJATA TAKUTKAN PEMBANGKANG





UMNO akan menjadikan wanita sebagai ‘aset’ untuk menakutkan pembangkang bagi memenangi pilihan raya umum.

Pada masa sama, parti keramat itu juga mahu menambah kerusi bagi calon wanita di kebanyakan kawasannya, kerana mahu menghargai perjuangan sayap itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata wanita adalah tulang belakang kepada perjuangan parti dan sememangnya senjata bagi menjadikan UMNO sentiasa di bibir pengundi.

“Bagi menjadikan wanita ini sebagai ‘aset’ dan juga senjata untuk menakutkan pembangkang, kita bercadang untuk menambah calon wanita sehingga 30 peratus dalam PRU yang akan datang berbanding sebelumnya.

“Ia juga adalah sebagai cara kita untuk hargai Wanita, sayangi mereka dan bukannya takut, malah ia bertujuan untuk mengiktiraf perjuangan wanita dalam perjuangan mereka sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyurat Perwakilan UMNO Bahagian Parit Sulong 2017 di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkurnain Kamisan dan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad.

Tegas Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, wanita juga menjadi pembuat dasar kerana kebanyakan wanita di negara golongan profesional serta berkerjaya.

“Kita lihat negara lain yang turut memilih calon wanita termasuklah calon wanita Islam seperti di Bangladesh, Thailand, Jerman dan baru-baru ini Singapura yang mencalonkan wanita Islam sebagai Presiden mereka,” katanya.


0 comments:

share2