Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, August 15, 2017

MENIPU SAMPAI KE PUNCAK EVEREST, PASANGAN DIPECAT





Sepasang suami isteri yang bekerja sebagai anggota polis, telah dipecat selepas mereka menipu kononnya telah sampai ke puncak Gunung Everest.

Dinesh dan Tarakeshwari Rathod, sebelum ini bertugas di balai polis Maharashtra, India.

Pasangan itu mendakwa berjaya sampai ke puncak Gunung Everest pada 23 Mei tahun lepas dan turut berkongsi gambar Tarakeshwari sedang berdiri di puncak sambil memegang bendera India.

Rupa-rupanya mereka telah mengedit gambar individu lain yang berjaya sampai ke puncak gunung tertinggi itu.

Susulan kejayaan palsu itu, mereka dianugerahkan sijil oleh syarikat yang menganjurkan pendakian itu iaitu Makalu Adventure.

Bagaimanapun, seorang pendaki, Satyarup Siddhanta telah mengenal pasti gambar itu adalah gambarnya dan membandingkan imej tulen di internet.

Ia menunjukkan lokasi dan jaket yang sama namun muka dan bendera yang berbeza.

“Ini sangat menakjubkan! Mereka ambil gambar saya, Photoshopped imej mereka di atas puncak… dan dapat sijil… Kemana perginya pendaki? Kamu sungguh memalukan!’,’’ demikian tulis Siddhanta yang bengang kerana gambarnya dicuri.

Menurut Siddhanta, dia tidak mahu gambarnya itu disalah guna kerana ia amat bererti kepadanya apatah lagi ia mengandungi kesan-kesan darah tiga kawan rapatnya.

“Gambar di puncak itu bukan sebarang gambar. Ia ada kesan darah tiga kawan baik saya, Ia ada kesan hutang, ia ada kesan trauma disebabkan kematian Sherpa di depan mata kami sendiri,’’ katanya.

Manakala pendaki lain yang turut berada di gunung berkenaan bersama pasangan itu juga meragui dakwaan pasangan terbabit bahawa mereka berjaya sampai ke puncak.

Ini kerana katanya, dia bertemu pasangan itu dan mereka belum memulakan latihan atau sampai ke tempat yang ditetapkan.


0 comments:

share2