Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, August 18, 2017

[MARAN] KAWAL ANAK GUNA INTERNET


Kawal anak guna internet


Ibu bapa dinasihatkan cakna dengan perkembangan budaya sosial yang bergerak pantas menerusi media massa. 

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang Dato' Shahaniza Shamsuddin berkata, hal ini bertujuan menangani gejala negatif terhadap anak sedari kecil serta bagaimana menjadikan perkembangan tersebut sebagai sesuatu yang positif.

Menurutnya, media sosial pada masa kini begitu mempengaruhi perkembangan minda anak-anak generasi baharu.

“Saya susah hati dengan media sosial. Anak-anak kecil dah pandai dengan gajet dan melayari media sosial berbanding kita. Sebab itu kita perlu cakna, perlu berilmu dalam menghadapi ledakan sosio budaya dan perkembangan media ini.

“Ambil tahu dengan menambah ilmu pengetahuan agar kita dapat mekang budaya negatif yang datang menerusi media sosial. Ibu bapa jangan pernah rasa apa yang kita buat dah cukup. 

Banyakkan membaca supaya kita peka dan terbuka dengan perkembangan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pra Pelancaran Hari Kebangsaan Tabika Kemas 2017, di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Felda Jengka 3, semalam.

Majlis tersebut melibatkan 14 Tabika Kemas seluruh parlimen di Negeri Pahang dengan kehadiran Pengarah Kemas Pahang, Ahmad Fakrul Radzi serta ketua-ketua Jabatan Daerah Maran.

Beliau berkata, kerajaan begitu komited melaksanakan pelbagai program agar rakyat luar bandar mampu bergerak seiring dalam mendalami kemajuan teknologi masa kini.

Buktinya adalah dengan penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) yang disediakan secara percuma buat penduduk luar bandar.

“Semua tempat kita sudah ada PI1M. Ia bertujuan didik anak bangsa belajar internet dan guna kemudahan itu untuk perkara-perkara yang betul,” katanya.


0 comments:

share2