Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, August 18, 2017

JANGAN ALIH 'BENDA' DARI TEMPAT DUDUK


sd


Orang ramai diminta untuk tidak menyentuh atau mengalihkan 'benda' yang telah diletakkan di tempat duduk anda sewaktu acara pembukaan temasya Sukan Sea ke-29 (KL2017) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Peringatan tersebut dikeluarkan menerusi satu kenyataan di laman Instagram milik pihak stadium tersebut.

"Pihak stadium memohon kerjasama kepada semua rakyat Malaysia dan asing yang akan hadir pada hari pembukaan tersebut supaya tidak menyentuh atau mengalihkan benda-benda yang telah diletakkan di tempat duduk anda.

"Benda tersebut merupakan sebahagian daripada gimik dan prop penting untuk acara pembukaan tersebut.

"Contoh dalam gambar adalah LED yang diletakkan di keseluruhan tempat duduk, jangan sentuh atau alihkan kerana ia sangat sensitif, jika satu tidak menyala maka sukar untuk membentuk corak," tulisnya



Jawatankuasa Pengelola Malaysia (Masoc) menjanjikan upacara pembukaan KL2017 pada 19 Ogos ini sesuatu yang gilang-gemilang dan akan terpahat di hati seluruh rakyat Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

Sementara itu, pihak stadium juga turut menerangkan perkara yang yang dilarang semasa acara tersebut berlangsung.

"Selain itu, flash dan laser juga tidak dibenarkan sama sekali semasa acara berlangsung. Minta kerjasama semua untuk menghebahkan pada rakan yang lain.

"Sama-sama kita bangkit bersama, jadikan KL2017 yang terhebat! Ayuh rakyat Malaysia, ubah mentaliti," tulisnya lagi.


0 comments:

share2