Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, August 13, 2017

JANGAN TAKSUB KEPADA PEMIMPIN - TPM


ahmad zahid


Pagoh - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid mengingatkan ahli UMNO supaya tidak mempunyai sifat taksub terhadap mana-mana pemimpin sebaliknya harus mempunyai kesetiaan kepada parti.

Naib Presiden UMNO itu berkata, contoh mengutamakan parti melebihi kepentingan pemimpin atau individu itu boleh dilihat dalam UMNO Bahagian Pagoh yang hingga kini kekal dengan perjuangan parti.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, keputusan UMNO Pagoh terus bersama-sama pucuk pimpinan bukan mudah kerana bekas Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri datang dari bahagian berkenaan.

“Saya faham keadaannya ia terlalu sukar (untuk UMNO Pagoh membuat keputusan terus bersama-sama pucuk pimpinan UMNO). Saya faham rasa terima kasih masih (terhadap jasa dan sumbangan Tan Sri Muhyiddin Yassin) ada dalam minda, itu hakikat dan memang budaya Melayu mengenang budi.

“Takkanlah habis madu sepah dibuang. Hakikatnya antara individu dan organisasi, kita utamakan organisasi dan jemaah,” katanya ketika berucap dalam Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar di sini semalam.

Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed.


0 comments:

share2