Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, August 11, 2017

BUKAN HISTERIA, TETAPI KAKI 'CRAMP'!


Bukan histeria, tetapi kaki 'cramp'!


Tular video rakaman yang menunjukkan tayangan filem seram Annabelle di Terengganu terpaksa dihentikan seketika selepas seorang penonton didakwa mengalami histeria.

Dalam video tersebut, beberapa individu dipercayai kakitangan wayang memeriksa seorang wanita yang didakwa menjerit ketika tayangan berlangsung.

Keadaan tersebut menyebabkan tersebar khabar angin bahawa mangsa mengalami histeria atau dirasuk.

Bagaimanapun, seorang pelayar mengatakan mangsa mengalami 'cramp' atau kejang otot didakwa akibat keadaan terlalu sejuk.

"Nok kabo ni hok mane duk viral pasal kat awayang ade orang kene rasuk tu doksoh caye. Saya tahu saya ade mase ye kene, duk depan dia. Dia kaki krem je. Sebab sejuk duk dalam aircond," kata pelayar berkenaan.

Seorang lagi pelayar mengatakan tayang dihentikan seketika manakala lampu dewan dibuka untuk memberi laluan anggota kesihatan memeriksa mangsa dan membawanya keluar.

0 comments:

share2