Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, August 11, 2017

JKM SEDIA BERI PERLINDUNGAN KEPADA MANGSA SEKSUAL BAPA


Rohani Abdul Karim


Kuala Lumpur - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia untuk memberi perlindungan kepada remaja yang menjadi mangsa jenayah seksual bapa kandungnya sementara kes itu diselesaikan.

Beliau berkata, pihaknya akan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa terlibat berhubung kes itu.

"Sekarang ini memang kita tidak boleh mengganggu siasatan. Tapi apa jua yang diarahkan oleh mahkamah dan juga pihak polis, kami akan memberikan segala kerjasama.

Selalunya dalam keadaan begini, kalau tiada keluarga yang paling rapat atau mereka juga rasa tidak mampu untuk melindungi kanak-kanak ini, JKM akan ambil kanak-kanak ini untuk diberi perlindungan sementara," katanya.

Semalam, seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak atas lebih 600 pertuduhan meliwat, merogol dan melakukan seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya yang berusia 15 tahun.

Hari ini, bapa berkenaan sekali lagi dihadapkan ke mahkamah sama atas dakwaan 444 pertuduhan meliwat anak perempuan kandungnya sebanyak tiga kali sehari selama tujuh bulan sejak Januari lalu hingga Julai lepas.


0 comments:

share2