Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 20, 2017

[TIOMAN] HADIAH ISTIMEWA PEMBELI PROJEK PERUMAHAN RAKYAT


Hadiah istimewa pembeli projek perumahan rakyat


Pemohon 116 unit projek Perumahan Rakyat Tekek Makmur ibarat mendapat durian runtuh apabila memiliki rumah berharga RM403,000 pada harga hanya RM35,000 iaitu subsidi hampir RM360,000 atau 92 peratus.

Berita baik turut diumumkan kepada bakal pembeli 63 unit lagi apabila kerajaan menawarkan konsep sewa beli dengan bayaran RM124 sebulan selama setahun sebelum buka tawaran pembelian rumah berkenaan kepada mereka yang layak

Pengumuman dibuat Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak dalam ucapan sempena perasmian projek rumah berkenaan di sini.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang,Dato' Sri Adnan Yaakob, Menteri Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan (KPKT),Datuk Seri Noh Omar, Timbalan Menteri KPKT, Datuk Halimah Mohd Sadique, Ahli Parlimen Rompin,Dato' Hassan Ariffin dan Adun Tioman, Dato' Mohd Johari Hussain.

Mohd Najib berkata, kos pembinaan 116 unit rumah itu berjumlah RM47 juta dan berjaya disiapkan pada 2015 dan sebahagiannya sudah diserahkan kepada pembeli.

Katanya,projek perumahan rakyat itu berada dalam senarai teratas keutamaan kerajaan dalam usaha memberikan kesejahteraan kepada rakyat di Pulau Tioman.

"Melalui projek ini, penduduk bukan sahaja memiliki rumah yang selesa untuk berteduh tapi sebagai harta untuk diwarisi.

"Projek ini mencatat sejarah tersendiri melihat kepada harga yang ditawarkan kepada pembeli berbanding kos sebenar yang menjadi projek kos tertinggi.


0 comments:

share2