Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 5, 2017

PIALA MALAYSIA: PAHANG SEKADAR SERI


Pahang seri 2-2 dengan Negeri Sembilan


Hajat skuad Tok Gajah meraih tiga mata musnah selepas sekadar terikat 2-2 berdepan Negeri Sembilan dalam aksi pembuka tirai Kumpulan A Piala Malaysia 2017 di Stadium Darul Makmur di sini malam tadi.

Skuad kendalian Dollah Salleh hanya kembali bangkit pada separuh babak kedua perlawanan selepas ketinggalan 0-1 dalam babak pertama permainan.

Tuan rumah tersentak dengan gol pembukaan perlawanan menerusi jaringan pemain import Jonathan Henri Desire William sebelum dua minit babak pertama perlawanan berakhir.

Penyerang kelahiran Brazil Matheus Alves memastikan tuan rumah tidak ketinggalan dengan dua jaringannya pada m-58 dan m-63.

Namun gol penyamaan pemain lawan Andrew Lee Tuck pada m-76 meranapkan hajat Pahang meraih kemenangan dalam aksi sulung peringkat kumpulan itu.

Tamat babak kedua berakhir dengan kedua-dua pasukan sekadar meraih satu mata dalam perlawanan tersebut.


0 comments:

share2